ADAKAH KITA HANYA MEMBACA KALAM ALLAH TANPA BENAR-BENAR MEMAHAMI APA YANG DISAMPAIKAN?

Jangan biarkan Al-Quran sekadar menjadi bacaan di bibir. Sertai Kelas Bahasa Arab Online QHS Academy — Kuasai Kalimah Al-Quran melalui bimbingan sistematik Dr. Hj Kamal Abd Razak. Belajar dari Asas, Faham dengan Jiwa
PERHATIAN: Ini bukan kelas belajar mengaji. QHS Academy adalah full flagship training untuk anda faham maksud ayat-ayat Al Quran seperti mana anda baca buku Bahasa Inggeris

Pernahkah kita terfikir....

Kenapa solat kita rasa kosong? Kerana kita tidak faham apa yang kita bicarakan dengan Allah.

Kenapa kita cepat mengantuk bila baca Al-Quran? Kerana mata melihat huruf, tapi otak tidak menangkap maksud.

Terjemahan sedia ada hanyalah "kulit", sedangkan "isi" dan keindahan emosi Al-Quran hanya ada pada bahasa asalnya.

Apa yang perlu kita buat? Tonton Video ini

Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, semoga kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya

 Surah Yusuf, Ayat 2

Daripada penerangan di dalam video di atas, kita kena bersungguh-sungguh belajar Bahasa Arab Al-Quran

Antara Dalil yang lain:

Celaan Bagi Hati Yang Terkunci Dari Memahami Allah SWT berfirman:

“Maka adakah mereka tidak tadabbur (menghayati) Al-Quran ataukah hati mereka terkunci?” (Surah Muhammad: 24)

Bagaimana mungkin kita boleh tadabbur jika kita tidak faham bahasa yang digunakan oleh Pencipta kita?


Pesan Saidina Umar Al-Khattab RA:

“Pelajarilah bahasa Arab, kerana sesungguhnya ia adalah sebahagian daripada agama kamu.”

Teruskan baca kalau anda teringin sangat nak menghayati isi kandungan Al-Quran

 

Dah khatam Al-Quran 3/4 kali, dah belajar tajwid. Al-Quran pelbagai terjemahan dah beli . Tapi bila baca dan cuba menulis kalimah-kalimah  Al-Fatihah ada yang tak faham apa yang Allah cuba sampaikan dan ada yang tidak mampu menulis kalimah dengan betul.

Ramai kan orang Malaysia macam tu?

 

Sebab apa?

Sebab orang Malaysia memang rajin baca Al-Quran, tapi sayang tak faham apa yang Allah cerita dalam Al-Quran. Rugi sangat tau!

Sedangkan ramai orang kita boleh tafsir konspirasi Covid-19, boleh ramal landskap politik Malaysia, hebat memberi comment pada artikel dan gossip dunia akhir zaman… TAPI BUKAN QURAN (iaitu kalam Allah yang agung!)

FAKTA:

Kebanyakan orang Islam di Malaysia selama ini lebih di dedahkan hanya kepada Tajwid, Hafalan dan Taranum dan bukannya pengisian. 

Tahukah anda 90% orang Islam di Malaysia...

  • Bergantung pada translation dari apps dan Google.
  • Tak boleh nak faham ayat dari surah ke surah walaupun dah baca translation.
  • Tak boleh menulis ayat Al-Quran di atas kertas.
  • Ramai juga yang cakap “apa ni NOT MY LEVEL la belajar Al-Quran, saya dah tua, mana ada masa!”
  • Ada juga yang tak faham pun maksud Al-Fatihah walaupun setiap hari baca 17X!

Cuba faham kan apa firman Allah:

Allah Turunkan Al-Quran Bukan Untuk Di Baca Sahaja Tapi Untuk Faham!

Haaa… Allah dah tegur tu.

Ok, sabar ye… sebenarnya bukan salah anda.

Memang benar, sudah lama kita sebagai umat Islam di Malaysia tidak semua diberi peluang untuk belajar memahami Al-Quran. Kebanyakannya kita diajar membaca, bukan memahami.

Alhamdulillah, zaman sekarang sudah tidak sama seperti dahulu.

Dulu, untuk belajar Al-Quran dengan betul, kena berguru di sekolah pondok.
Ada yang terpaksa merantau jauh ke Syria, Saudi, Yaman, atau Mesir semata-mata untuk memahami maksud Al-Quran.
Akses kepada ilmu sangat terhad  mana ada kelas online, Zoom, atau rakaman video seperti hari ini.

Tahap kesedaran tentang kepentingan memahami Al-Quran pula selalunya sekadar dengar dari ceramah ustaz di surau.
Ibu bapa kita pula sibuk mencari rezeki  balik kerja sudah penat, perlu memasak, mengurus anak, menyiapkan kerja yang tertangguh.
Kemudahan dan fasiliti untuk belajar Al-Quran pun sangat terhad.

Tetapi hari ini, Allah bukakan peluang yang luas.

Dengan media sosial, Facebook, YouTube, dan kelas online,
ilmu Al-Quran kini datang ke rumah kita, bukan lagi kita yang perlu merantau jauh.

Persoalannya sekarang bukan lagi:

“Ada ke peluang untuk belajar?”

Tetapi:

“Sudahkah kita ambil peluang yang Allah beri?”

Al-Quran itu masih sama.
Yang perlu berubah hanyalah kesungguhan kita untuk mendekatinya, memahami, dan mengamalkannya.

Menyedari Al-Quran diturunkan adalah untuk kita

Bukan hanya untuk Rasulullah ﷺ dan para Sahabat.
Ia untuk kita baca… difahamidihayatidiamalkan
dan seterusnya disampaikan, dengan mengambil tugas Rasulullah ﷺ iaitu “menyampaikan risalah.”

Al-Quran bukan sekadar dibaca dengan tajwid dan taranum,
tetapi mesti juga difahami makna di sebalik ayat-ayat yang dibaca.

Membaca sesuatu untuk diri sendiri jauh lebih bermakna
berbanding membaca sesuatu tanpa memahami isinya.

Maka, Al-Quran bukan milik generasi terdahulu sahaja —
ia adalah panduan hidup untuk kita semua, sepanjang zaman.

Siapa yang harus masuk ke Program ini?

1. Orang Awam & Pemula (Zero Basic)

Individu yang selama ini merasa “takut” atau “rendah diri” untuk belajar Bahasa Arab kerana menganggapnya terlalu susah.

Sesuai untuk mereka yang ingin bermula dari kosong (mengenal kalimah) sehingga mampu memahami struktur ayat Al-Quran.

 

2. Golongan Profesional & Orang Sibuk

Mereka yang mempunyai jadual kerja yang padat tetapi mahukan pengisian rohani harian.

Dengan adanya Kelas Pagi (Isnin-Jumaat), ia sangat sesuai untuk mereka yang ingin “mengecas” iman sebelum memulakan tugasan harian.

 

3. Pembaca Al-Quran yang “Dahagakan” Makna

Individu yang sudah lancar membaca Al-Quran, namun merasa sedih atau kosong kerana tidak faham apa yang dibaca kecuali setelah melihat terjemahan.

Mereka yang mahu merasai mukjizat bahasa Al-Quran secara langsung tanpa perantara.

 

4. Individu yang Mahu Kualiti Solat Lebih Baik

Sesiapa yang sering hilang khusyuk dalam solat kerana fikiran melayang. Dengan memahami kalimah yang dibaca (terutama Al-Fatihah dan surah lazim), kualiti interaksi dengan Allah dalam solat akan berubah sepenuhnya.

 

5. Warga Emas (Golden Age)

Peserta yang ingin mengisi masa persaraan dengan ilmu yang paling bermanfaat untuk bekalan akhirat.

Sesuai kerana bimbingan Dr. Hj Kamal Abd Razak bersifat sabar, sistematik, dan tidak mempunyai tekanan peperiksaan yang membebankan.

 

6. Ibu Bapa yang Ingin Menjadi Contoh

Ibu bapa yang mahu mendidik anak-anak dengan kecintaan terhadap Al-Quran, maka mereka sendiri perlu mempunyai asas kefahaman yang kuat terlebih dahulu.

HANYA RM100 / SEBULAN

Sertai Sekarang & Dapatkan Bonus Eksklusif:

🎁 PERCUMA: E-Book Al-Faatihah (Kunci Memahami Induk Al-Quran).

🎁 PERCUMA: Kelas Pagi (Isnin-Jumaat) — Sesi pengukuhan harian untuk memastikan anda sentiasa “bersama” Al-Quran.

Pendaftaran Terbuka juga kepada negara jiran Singapura dan Brunei

Dapatkan E-Book Percuma: Kenali Nahu, Sorof & Tajwid Surah Al-Fatihah

Satu-satunya e-book lengkap yang mengupas secara mendalam aspek Nahu, Sorof, dan Tajwid dalam Surah Al-Fatihah!

💡 Disusun khas oleh Dr. Kamal, pengasas QHS Academy – pakar dalam bidang Bahasa Arab al-Quran.

✅ Apa yang anda akan pelajari:

Struktur Nahu dalam setiap ayat

Sorof dan bentuk perkataan (wazan)

Analisis tajwid secara ayat demi ayat

Saya Nak Memperkenalkan Anda Quranic Holistic Symbiotic (QHS) Academy.

Dr Haji Kamal Abdul Razak

Dr. Haji Kamal berkelayakan dengan ijazah PhD di dalam bidang Al-Qur’an dan Pengurusan Keusahawan di Malaysia University of Science and Technology (MUST), Kota Damansara, Selangor. Dr. Haji Kamal kini adalah seorang Pensyarah Kanan dan Ketua Program di univerisiti tersebut. Di antara matapelajaran yang dikendalikan oleh beliau ialah Pengurusan Strategik, Keusahawanan, Kreativiti dan Inovasi Perniagaan, Pengurusan Pemasaran, Pengajian Islam, Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS).
Selain dari menjadi tenaga pengajar di Universiti, Imam Dr. Haji Kamal juga seorang usahawan dan mengendalikan beberapa program latihan sebagai Perunding utama PKA Consultancy and Services. Beliau adalah pengasas QHS Academy yang menawarkan bimbingan pendekatan Al-Qur’an kepada masyarakat Islam di Malaysia dan antarabangsa dengan kaedah yang komprehensif, kreatif dan integratif seperti , SQL, CEALoQ dan CIIDaH.

83030661_119957519548593_200419975943421952_n
83112278_119957509548594_6715391180743376896_n
83897133_119957496215262_8225182892364398592_n-576x1024
previous arrow
next arrow

Silibus Lengkap: Perjalanan Anda Menuju Cahaya Al-Quran

FASA 1: FOUNDATION & MINDSET (Membina Tapak Ilmu)

Sebelum memulakan bahasa, kita betulkan niat dan persediaan jiwa.

Bab 1: Konsep Pembelajaran Al-Quran QHS – Memahami hala tuju dan sistem belajar secara sistematik.

Bab 2: Persediaan Diri & Adab Menuntut Ilmu – Menyelami pesanan Imam Al-Ghazali tentang penyucian hati dalam belajar.

Bab 3: Huruf Hijaiyah & Kesedaran Makna – Keluar dari belenggu terjemahan literal dan mula membaca dengan “rasa”.

Bab 4: Pendekatan Digital Al-Quran – Menguasai Aplikasi & Tools digital untuk membantu rujukan pantas anda.

 

FASA 2: WORD STRUCTURE (Mengenal Kalimah Allah)

Mula mengenali unit-unit terkecil dalam Al-Quran.

Bab 5: Kumpulan Kalimah Al-Quran – Membezakan Kata Nama, Kata Kerja, dan Kata Sendi.

Bab 6: Kata Sendi & Pertalian Jar wa Majrur – Memahami fungsi pertalian kata yang menghubungkan makna.

Bab 7: Kata Nama & Pertalian Idhofah – Rahsia di sebalik frasa “pemilikan” dalam ayat suci.

Bab 8: Kata Nama & Pertalian Mausuf wa Sifah – Bagaimana kata sifat memperindahkan struktur frasa Al-Quran.

 

FASA 3: SENTENCE ANALYSIS (Bedah Struktur Ayat)

Memahami bagaimana ayat dibina dan mengapa barisnya berubah.

Bab 9: Ayat Majhul (Pasif) & Ma’luum (Aktif) – Menyingkap hikmah penggunaan ayat aktif dan pasif oleh Allah SWT.

Bab 10: I‘rab Kalimah (Fungsi Perkataan) – Mengetahui rahsia di sebalik perubahan baris dan fungsinya dalam ayat.

 

FASA 4: MORPHOLOGY – FASA KHAS (Seni Akar Kata)
Mendalami “Kilang Kalimah” untuk memahami perubahan makna yang mendalam.

Bab 11: Wazan & Kata Terbitan – Mengenali pola perkataan Arab dan konsep “Rumah Kalimah”.

Bab 12: Pendalaman Rumah Kalimah – Rahsia bagaimana satu bentuk kalimah boleh mengubah seluruh emosi ayat.

Bab 13: Huruf-huruf Illah (Huruf Lemah) – Analisis video praktikal bagaimana ayat dibina dari akar kata yang unik.

 

FASA 5: RECITATION & FLUENCY (Sempurna Lisan & Hati)
Menggabungkan kefahaman makna dengan keindahan bacaan.

Bab 14: Pembentukan & Terjemahan Kalimah – Memantapkan sebutan huruf yang tepat selari dengan kefahaman terus dari hati.

Bab 15: Aspek Ilmu Tajwid dalam Tadabbur – Mengaplikasikan hukum tajwid bukan sekadar teknikal, tetapi sebagai penghayatan seni kalam Tuhan.

Testimoni Dari Sahabat QHS Academy

t4
t2
t5
t3

Testimoni Video 1 

Testimoni Video 2 

Testimoni Video 3

Jom Jadi Sahabat QHS Academy. Semoga Bermanfaat Di Dunia & Akhirat. InsyaAllah.

Klik Daftar Sekarang untuk join QHS Academy. Selepas anda daftar, anda akan terus dapat access ke Whatsapp Group dan Facebook Group Sahabat QHS Academy.

Kenapa Mereka Perlu Pilih QHS Academy?

  1. Tiada Tekanan: Peserta tentukan sendiri bila bersedia ke tahap seterusnya.
  2. Bimbingan Personal: Bukan sekadar tonton video, tapi ada interaksi.
  3. Sustainabiliti: Program 6 bulan ke atas memastikan ilmu itu “melekat” dan menjadi amalan, bukan sekadar belajar sekerat jalan

Nothing is easy. Nak belajar dan faham al-Quran perlukan masa dan kesabaran. InsyaAllah dengan guru yang betul, method yang betul, proses pembelajaran akan lebih efektif dan mudah. Dengan izin Allah, semoga semuanya di permudahkan.

Biar la lambat, asalkan ada impian dan cita cita untuk belajar maksud al-Quran. InsyaAllah, Allah pandang segala usaha yang kita semua lakukan untuk mencari redha-Nya.

Masih Belum Yakin Nak Jadi Sahabat?

Lambat Laju Bukan Penghalang. Allah Pandang Usaha Hambanya Untuk Berubah Jadi Insan Yang Terbaik Di Sisi-Nya.

Ini adalah contoh acuan Wazan yang akan dipelajari di dalam kelas QHS Academy. Ketahui bagaimana peranan Wazan menentukan makna kalimah Bahasa Arab Al-Quran.

Jom Jadi Sahabat QHS Academy. InsyaAllah semoga dengan belajar Bahasa Arab Al-Quran juga, kefahaman dan kekhusyukan akan bertambah di dalam bacaan solat dan doa harian kita.

P/S: Selepas anda daftar sila check email dari QHS Academy. Anda akan dapat link access ke Whatsapp Group dan Laman Web Learning Modules Repository . Semua training dan modul QHS Academy ada dalam Laman Web.
Kita jumpa nanti, insyaAllah.

HANYA RM100 / SEBULAN

Sertai Sekarang & Dapatkan Bonus Eksklusif:

🎁 PERCUMA: E-Book Al-Faatihah (Kunci Memahami Induk Al-Quran).

🎁 PERCUMA: Kelas Pagi (Isnin-Jumaat) — Sesi pengukuhan harian untuk memastikan anda sentiasa “bersama” Al-Quran.

Pendaftaran Terbuka juga kepada negara jiran Singapura dan Brunei

Dapatkan E-Book Percuma: Kenali Nahu, Sorof & Tajwid Surah Al-Fatihah

Satu-satunya e-book lengkap yang mengupas secara mendalam aspek Nahu, Sorof, dan Tajwid dalam Surah Al-Fatihah!

💡 Disusun khas oleh Dr. Kamal, pengasas QHS Academy – pakar dalam bidang Bahasa Arab al-Quran.

✅ Apa yang anda akan pelajari:

Struktur Nahu dalam setiap ayat

Sorof dan bentuk perkataan (wazan)

Analisis tajwid secara ayat demi ayat

  • Untuk mendaftar secara online, klik butang daftar di atas
  • Untuk mendaftar secara pindahan wang (money transfer) atau deposit melalui Cash Deposit Machine (CDM) boleh hubungi Admin
  • Peserta dari negara jiran, Singapura atau Brunei jika mengalami masalah buat pembayaran yuran secara kredit kad, boleh buat pembayaran secara pindahan wang (money transfer) berdasarkan nombor akaun di bawah
Admin

Kami mengalu-alukan juga infaq/ sumbangan orang ramai kepada QHS Academy di dalam misi dakwah kami untuk menjadikan program pembelajaran Bahasa Arab di kalangan masyarakat berpanjangan dan sentiasa subur serta dapat diperluaskan kesedaran untuk memahami Bahasa Arab Al-Qur'an. Semoga setiap infaq/sumbangan yang Tuan-tuan/Puan-puan berikan dikira sebagai amal jariah yang memberikan pahala yang berterusan hingga ke akhirat. Semoga Allah SWT mengganjari Tuan/Puan dengan sebaik-baik ganjaran. InsyaAllah.

Kelas Preview - Kelas Aplikasi Modul Pembelajaran QHS Academy kepada Kalimah di dalam Al-Qur'an

Jika berminat untuk menghadiri kelas preview ongoing di waktu 7.15 pagi, Isnin - Jumaat untuk mendengar perkongsian dari Dr Hj Kamal mengenai kupasan kalimah Al-Qur'an boleh click button whatsapp di bawah

Kami juga mengalu-alukan kerjasama dengan Event Organizer (EO) atau syarikat pengendali program latihan untuk menganjurkan sesi workshop bersama. Sekiranya berminat, sila hubungi pihak admin https://wa.me/60123377635 untuk perbincangan lanjut.​

Copyright 2026, QHS Academy

Alamat:

No 5, Jalan SS7/12, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Email: admin@qhs.academy